Inilah yang sebenarnya tersirat dalam hati ini dan akhirnya dapat  juga diluahkan melalui penulisan ini. Sememangnya penyakit ini telah  lama dari kecil lagi dan banyak benda telah dilakukan untuk mengubati  penyakit ini, Alhamdulillah…terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan ku  dengan penyakit ini.
Namun , apakah  kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan atau jiwa itu tanda  Allah murka kepadanya ? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus  dosanya ? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai ke maqam tertinggi  di sisi Allah ?
Firman Allah di dalam surah At – Taqaabun ayat 11 yang bermaksud :
Tidak  ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan  dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan  memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan  tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap  sesuatu.
Menurutnya, bagi  seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan  salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan  ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan  dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai  manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan  kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu  sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan  kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah  menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan
"Tidaklah  seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah  akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang  menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan  di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya  tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat  seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi,  jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah  berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah  itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada  segala dosa dan noda," ujarnya.
Segala  bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan  atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus)  kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Anas  berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan  itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila  mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima  ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa  yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan  mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)