Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu.  Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan  IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima  aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu  warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara  ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging  lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging  ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna  pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah  lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam  air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip  sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas  antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan  padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging  babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini  semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat  gambar).