tggl jejak k

>

follow stellaizz k

nffg

Selasa, 26 Julai 2011

my peberet myentap dikalbu O_o

hik hik hik gelak gatal sat.....lepas ye musim doyan yg dok melambak2.sampai x termakan dah......now musim manggis plak fuhhhhhh...terbaek okeh fresh dari ladang....jolok,ambil,bukak mkn.....pehhhhh manis sungguh

fresh dr ladang O_o


hahahah sempat lg okeh

hasil jolokan ku hik hik hik

lepas dah puas mkn manggis ....pekena ayaq kelapa pandan plak...pehhhhhhhh sedap nyer bergas lg fresh dr ladang hahahahahah 


jom kita kongsi khasiat manggis :)





Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.....

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.
Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.


KANDUNGAN KULIT MANGGIS
Kulit manggis mempunya tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak.
Buah manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.
Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan

Khasiat Kulit Manggis
1. Memberi tenaga)
2. Prevents inflammation
3. Mencegah sakit urat saraf
4. Mencegah Ulcer
5. Mencegah kemurungan
6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Mencegah kanser
8. Tingkat system pertahanan badan
9.  Awet Muda
10. Membuang toksid dalam badan
11. Membunuh kuman
12. Mencegah kulat
13. Mencantikan kulit
14. Membuang kolesterol dalam badan
15. Untuk kesihatan  jantung
16. Mengurang tekanan darah tinggi
17. Kurangkan gula dalam darah
18. Kuruskan badan
19. Cegah batu karang
20. Mengimbangi seluruh badan.




Caranya Menggunakan kulit manggis
1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
Nota : Jarang kita jumpa ulat dalam buah manggis, walaupun ada buruk tetapi tiada ulat, itu rahsia buah ini.
Semoga info ini memberi manafaat pada anda semua.

11 ulasan:

lala shaheila berkata...

sedap...nak manggis..

lagenda berkata...

adoyaiiii..dia pakat tunjuk manggis pulokssss dah!!! Isk..memang geram gila lah tgk isi manggis tu

MaMa AiNi berkata...

mama nak sikit !!...saja tau tunjuk2 kat sini..ha2x..

Key berkata...

jarang makan manggis and tak berapa suke pun.

tp hari tu mkn then tersuka pulak XD

follow ur blog :)

ZIPPO MILLER berkata...

Adui ai...stellaizz si Permaisuri Buah-buahan hehhe hari tu Durian pastu Manggis hehhe..ha cepat2 makan. nanti bulan pose had makan tu kurang kan tau tau tau heheheh

stellaizz berkata...

lala=mehh lerr kg stella ngah musim manggis nie :)

lagenda=hik hik mak sedap :) agagaga

mama aini=jom g kg stella dokek yo

key=manggis mmg terbaek

zippo =hik hik hik

kpah k-poh berkata...

teruja bila baca khasiat kulit manggis tu..kpah nak buatlah...sbb dah ada beberapa penyakit yg disebutkan di situ...

caliph shuriken berkata...

baru2 ni dpt sebotol jus manggis.. sdap jgak rasa jus ni ^^

nazirah berkata...

wah banyak khasiat rupanye ek stella..
ish nak cubalah.. yg petua kulit tu hehe
anyway kalau stella nak taw.. manggis ni
peberet cahaya gak taw huhu ;)

Onitsuka_hana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Onitsuka_hana berkata...

favroute hna gak..

http://onitsukahana.blogspot.com/2011/06/buah-buahan-favroute.html

....