Walau  marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan  2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian  perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa  hanya dengan meminta maaf kepada pere...mpuan dengan iklas dapat  membantu memanjangkan usianya. Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah  dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian  ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang  ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya  terutama jantung. Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau  menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah  yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika  mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara  automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat. Sebaliknya  tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah  mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini  menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah  mendengar pengakuan bersalah. Kajian ini dilakukan ilmuwan di University  of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur  tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan. Tekanan darah  yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu  tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam  arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika  tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau  serangan jantung pada orang tersebut. Jadi,sayangilah pasangan  kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf
 
 
3 ulasan:
haha yeke??? biler laki mitak maaf n nak ngis bru ekin rasa jantung dup dap dup dap lain macam HAHA
biasanya, susah gila nk tunggu lelaki ni ucap sorry kan!
Klu terdengar he said sorry..silap2 bkn dpt jantung sihat!! Sakit jantung buleh...!!
wow! like ni :)
Catat Ulasan