air teh bunga O_o oh my peberet |
tahu kan teh bunga?????stella adalah peminat tegar air teh bunga....hari2 mau okehh..... klu kita buat and masak sendiri....lg super sedap (>_<) freshhh gitu.....diminum suam2 kuku or sejuk2 pon bolehh......now stella nak kongsi khasiat teh bunga.............
khasiat teh bunga kekwa
Bunga kekwa mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik dan anti demam. Ia juga mengandungi alkaloid, minyak meruap, seskuiterpan, flavonoid, adenin, colin, stakidrin, krisentemin dan vitamin B1
Bunga kekwa adalah herba menyejukkan dan bagi mereka yang mengalami demam panas, panas badan, sakit telinga dan sakit tekak disyorkan untuk minum air teh bunga untuk melegakan masalah tersebut.
Air rebusan teh bunga kekwa boleh digunakan sebagai losyen mencuci kulit , merawat pelbagai jenis kulit seperti bisul, bengkak di leher akibat tibi. Bunga yang ditumbuk halus pula bole ditampal pada luka.
Wap dari bunga kekwa boleh digunakan untuk merawat mata yang sakit atau kabur. Bagi mereka yang bekerja mengadap komputer, boleh meminum air teh bunga yg direbus sendiri bagi mengurangkn kesan sampingan radiasi tahap rendah dari skrin komputer.
Air rebusan bunga kekwa boleh merawat hati yang lemah,membaiki daya penglihatan,merangsang pengedaran dan kualiti darah, masalah penghadaman, sistem saraf, haid, buta malam, menghalang rambut beruban,ubat bronkitis,reutisme, sakit kepala,selsema, pening kepala, telinga berdesing, tekanan darah tinggi dan sebagai tonik.
Masih banyak khasiat teh bunga kekwa untuk meringankan mahupun menyembuhkan penyakit. Walaupun demikian, bunga kekwa tidak disarankan untuk ibu hamil, menurut penelitian ada khasiat yang akan memberi efek buruk bagi kehamilan. Apakah Anda tertarik pada khasiat teh bunga kekwa? Caranya sangat mudah, tambahkan dua sudu teh bunga kekwa ke dalam secawan air suam (hindari penggunaan air panas/mendidih kerana ini akan merosakkan khasiatnya), kemudian kacau and tutup dan biarkan dlm 5 minit. Anda boleh menambahkan sedikit gula untuk menambah rasa manisnya (sebaiknya memang dinikmati tanpa gula kerana rasanya akan lebih special), secawan teh bunga kekwa sgt bagus untuk meringankan stres yang membebani Anda.
7 ulasan:
wahhh sedapnya tuu. terima kasih share :)
best tu teh bunga..! Bdw, nice info. =)
kite pon suke minum ni :)
banyak gak khasiat die erkk hurmm pak pis tak pernah mengambil ketahuan
ehem lepas ni kita pakat ramai2 minum air bunga kekwa..thanks ya stella..
xsuka kalu teh yang pahit2 ne.. hehe
yes.. khasiat dan petua lg like it tanx dear for sharing ;)
Catat Ulasan