Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
16 ulasan:
baru tahu. thanx sudi share.
MOHD NASER.com
baru tahu. thanx sudi share.
MOHD NASER.com
stella thanks kongsi info ni !!..
susah juga nak bezakan...
nice sharing info..
blom tahu, baru tahu sbb blom pernah tgk dagung kinzir dgn dekat :)
sharing is caring..atleat kiter akan lebih berhati2...=)
oo..camtu ye..tp mmg jijik ler tgk bab..i ni..hoho
Eeeeeiiii..nak tenung lama2 gambor daging tu semua pun dah buat tekak mak kembang! Eikkkyak!
knape,ade org salah beli ke?takot jugak.hu3
EEEIIIII....Gelinya..nice info.thanks
good info,..thanks...
hmm.. bahaye skunk.. semua bende kene tgk betul2... haishhh
yg pegang tu kena mandi bersih2 da..hehehe..good info..thank..huhu..xnk mkn daging da..hooohoho
eeee baru taw huhu
takut gak .. eeee
info yg bgs ni stella ;)
ouh baru tau nie.. thnks.. :)
nak muntah tgk daging babi tu...
tp kalo kita beli daging kt org islam..adakah selamat????
Catat Ulasan