tempe goreng berlada...menu simple for lunch hari nie......
alkisah dulu stella x mkn tempe nie...coz rase dia kot...entah lahhh kenapa tp dulu mmg x mkn pandang pon x nak :)...sekali mak masak tempe goreng berlada....terus jd peberet stella sampai sekarang ...hahahhaa mmg terbaek okeh..kena lakk mkn nasi panas2 ......perrrrr mak mentua lalu belakang pon x perasan :) ....jom kita kongsi khasiat tempe
seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten,
serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan
gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin
B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis,
gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13
mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.
Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis,
dua penyakit yang banyak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami
haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita
yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel
darah merah dalam tubuh menurun.
Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan
dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan
antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan
radikal bebas.
Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, penemuan
bahwa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe
ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).
Oleh itu, cara terbaik untuk mengoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah
dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya. Bagi mengelakkan
kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe
adalah perlu. Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan
tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak,
dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu
tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe
sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus. Cara
tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng
Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun
apa sahaj yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak
pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......
3 ulasan:
tempe goreng bestt!!
suke tempe msk sambal!
sedap gila tempe klu goreng then cicah smpi kicap. Ngeeeeeee
Catat Ulasan