
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah  disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di  tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya  dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak  boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk  mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan  bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya  yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan,  bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat  Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang  tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi  tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu  meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib  tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.  Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas  beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak  boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya  mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib  seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara: 
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke  mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi  wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”  Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah:  "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat  itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia  telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya  tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia  mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat  sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi  wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu  menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais,  menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh  dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi  itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke  3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi  kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau  lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak  sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2  dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap  batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah  dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg  boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah  kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu  pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg  diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika  rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib  seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya  dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah  membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang  pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada  rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang  menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya  tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air  sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap  ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air  terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang  salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh  JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud  menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa  sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari  sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian  mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah  merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah  diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2  seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,  sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan  perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar  air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan  sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama  ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri  yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas  bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak  mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu  adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat,  Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada  manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.